Pesanan Penulis

Segala coretan dan catatan dalam belog ini hanyalah sekadar contengan. Ia hanyalah semata-mata sebuah peluang dan ruang bagi sang penulis untuk mengisi kelapangan masa dengan menulis. Apa yang baik boleh diambil untuk dimanfaatkan bersama-sama. Apa yang buruk, sila IGNORE. Okeh ^_^

Itu sahaja.

Sekian.

Friday, April 15, 2011

Jejaka Pilihan Allah buatku~

Assalamu'alaikum wbt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



~Jejaka pilihan Allah buatku~

Emmm,,,

Hehe.

Tajuknya mcm sy sudah menjadi kepunyaan seseorg je.

Haha.

Saje letak tajuk gempaq. Huhu~

Memandangkan sy masih single, tetibe terdetik di hati.

Tentang jejaka idaman kalbu.

(^_^)





Semua orang nak pasangan yang baik2 kan.

Kita jangan berharap utk mndapat jodoh yg baik sekiranya kita tak menjadikan diri kita seorang yg baik.

Benar, kan?

Sebagaimana firman Allah dlm surah an-Nur, ayat 26:

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”



Buat lelaki idaman kalbu. Lalalala~

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman 
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu 
Yang sentiasa dahaga akan pahala 
Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar 

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah 

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya 
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang 

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya 
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga 
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat 


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam 
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
Yang menjaga matanya dari berbelanja 
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya 

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa 
Matanya kepenatan kerana penat membaca 
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan 
Bangunnya subuh penuh kecergasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan 

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga 
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian 

Lelaki idaman saya adalah lelaki 
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia 
Kerana dia mengimpikan syurga 
Di situlah rumah idamannya 
Dan dia ingin membawa saya bersama 
Dialah lelaki idaman saya …


 Sumbernya di sini.



Sy tak boleh hanya berharap agar lelaki yg sy idam2kan ni muncul dgn mudahnya.

Sy mesti berusaha memperelokkan akhlak diri.

Di samping berdoa kpdNYA!

Allah lebih Maha Mengetahui...

Sekian, wassalam.



2 comments:

Muhammad Marzuqi said...

MOga mudah mendapat lelaki idaman~
salam ziarah...

Ukhti Ibtisam said...

InsyaAllah...

Tagging

art (1) breakfast (2) bunga (3) cinta (6) debaran (2) diari (3) Dungun (1) fotography (4) hati (3) idaman (1) jalan2 (1) just a letter (2) kaka (1) kata-kata (4) lagu (1) luahan (26) makan (2) math (1) my birthday (1) PBS (1) penantian (1) Ramadhan (1) result (1) sabar (2) sahabat (3) sakit (1) sebab (1) tumblr (1) ujian (2) ukhuwah (2)