Pesanan Penulis

Segala coretan dan catatan dalam belog ini hanyalah sekadar contengan. Ia hanyalah semata-mata sebuah peluang dan ruang bagi sang penulis untuk mengisi kelapangan masa dengan menulis. Apa yang baik boleh diambil untuk dimanfaatkan bersama-sama. Apa yang buruk, sila IGNORE. Okeh ^_^

Itu sahaja.

Sekian.

Sunday, April 10, 2011

Speechless...

Assalamu'alaikum wbt

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Hari ni hujan. Sangat sejuk rasanya.

Sedang asyik menyiapkan tugasan.



Ringtone meseg kedengaran.

Nama si penghantar meseg tertera di skrin handset.

Dia yang telah lama loss contact denganku.

*********

View.
__________________________________________

Salam 'alaik

enti...

bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,

tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
hari-hari yang pasti..

 bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,

tapi,ana selalu tersenyum didalam hati
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
tetapi ana sering mendoakan agar suatu hari nanti,
ana tidak perlu bertanyakan dan ana sentiasa merasai.
di hari-hari yang pasti,,


bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
tapi,ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti bukan lagi 'ana' dan 'enti'
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti..
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
tika itu,mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini..

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tapi ana bimbang wajah ini tidak akan memberikan senyuman di setiap pagi
di hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu
di hari-hari yang pasti..


enti yakinlah!
percayalah...

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa ana kepada rindu illahi
kerana ianya bukan hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti..
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta Ana pada illahi..
kerana ianya bukan pada hari-hari yang pasti..

kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati.
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILLAHI..


enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti..
tika itu,andai ana jatuh,enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan..
tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan..
tika ana keseorangan, entilah teman..
tika ana kelalaian,entilah yang mengingatkan..tika itu..ana dan enti..
bukanlah 'ana dan enti' lagi.
kerana,,

ia adalah hari-hari yang pasti..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

moga kita dipertemukan nanti,dihari-hari yang pasti,seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..
bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..

____________________________________

Exit.

Terkedu. Terdiam seketika. Speechless.

Tak reply pun .

Meseg tu disimpan rapi dlm saved item.

Biarkan ia di situ. Biarkan.

Sekian, wassalam.


P/S : Sebenarnya citer ni rekaan semata-mata. X penah pon ade org hntar meseg panjang berjela-jela mcm ni kt sy. Hehehehhe. 

4 comments:

Mohamad Zulfadhli said...

Assalamualaikum....bru nk tmpng gmbira td..xlama lg ada la 2..hehee,insyaALLAH...

Ukhti Ibtisam said...

Wslm wbt.....insyaAllah =)

.::: mr IQ :::. said...

dah agak dah.... huhuhu

Ukhti Ibtisam said...

Mr IQ....dah agak ape? psl sebenarnya tu bkn meseg ke...?

Tagging

art (1) breakfast (2) bunga (3) cinta (6) debaran (2) diari (3) Dungun (1) fotography (4) hati (3) idaman (1) jalan2 (1) just a letter (2) kaka (1) kata-kata (4) lagu (1) luahan (26) makan (2) math (1) my birthday (1) PBS (1) penantian (1) Ramadhan (1) result (1) sabar (2) sahabat (3) sakit (1) sebab (1) tumblr (1) ujian (2) ukhuwah (2)