Pesanan Penulis

Segala coretan dan catatan dalam belog ini hanyalah sekadar contengan. Ia hanyalah semata-mata sebuah peluang dan ruang bagi sang penulis untuk mengisi kelapangan masa dengan menulis. Apa yang baik boleh diambil untuk dimanfaatkan bersama-sama. Apa yang buruk, sila IGNORE. Okeh ^_^

Itu sahaja.

Sekian.

Monday, May 30, 2011

Insan terpilih.

Assalamu’alaikum wbt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.
Semuanya berlaku dengan keizinanNYA.
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.
Kerana saya antara insan-insan terpilih itu.

Alhamdulillah.
Hari-hari itu sudah berlalu.
Namun, setiap detik di situ tak akan mudah saya lupakan.
Ianya akan menjadi kenangan yang telah dipahat di dalam kalbu.
Pengalaman dan ilmu diperoleh.
InsyaALLAH, akan saya cuba praktikkan.

Alhamdulillah.
Dapat merasai kemanisan ukhuwah bersama-sama kalian.
Suka duka, tawa dan menangis bersama-sama.
Minum air di dalam satu cawan yang sama.
Makan dalam satu dulang yang sama.
"Suapan pertama untuk sahabat"
(^_^)
Subhanallah, indahnya ukhuwah ini....
Tiada yang lebih indah dalam persaudaraan.
Melainkan ianya disemai dan diniatkan kerana Allah semata-mata.
Moga persahabatan kita tidak hanya akan berhenti setakat di situ sahaja.
Moga persahabatan kita kekal sehingga ke syurgaNYA.
InsyaAllah, hanya dengan keizinan dan rahmatNYA.
Akak-akak yang saya sayangi.
Terima kasih atas kesudian kalian memilih saya.
Walaupun hakikat sebenar saya telah dipilih oleh Allah.
Alhamdulillah.

Akak-akak yang saya sayangi.
Saat memeluk kalian.
Entah mengapa, saya pun tidak pasti.
Hati ini merasa hiba dan sebak.
Mungkinkah kerana saya cuba merasai bebanan dan pengorbanan yang sedang dipikul oleh kalian?
Allah jua lah yang Maha Mengetahui…

Selangkah tapak kaki keluar dari situ,
Saya terus dapat merasai mehnah dan tribulasi yang bakal kami tempuhi,
Sekiranya kami istiqamah dalam memilih jalan ini.
InsyaAllah, jalan ini yang akan kami pilih.

Sahabat-sahabat dan akak-akak,
Doakan saya kuat,
Doakan saya cekal,
Doakan saya sabar,
Doakan saya tabah,
InsyaAllah, doakan saya.
Doakan saya….

Ya Allah, engkaulah sebaik-baik pelindung kami.
Wallahu’alam.
Sekian, wassalam.

No comments:

Tagging

art (1) breakfast (2) bunga (3) cinta (6) debaran (2) diari (3) Dungun (1) fotography (4) hati (3) idaman (1) jalan2 (1) just a letter (2) kaka (1) kata-kata (4) lagu (1) luahan (26) makan (2) math (1) my birthday (1) PBS (1) penantian (1) Ramadhan (1) result (1) sabar (2) sahabat (3) sakit (1) sebab (1) tumblr (1) ujian (2) ukhuwah (2)