Assalamu’alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pernah tak dengar kata-kata seperti di bawah?
"Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka."
Ehem. Saya tak ingat saya jumpa kat mana kata-kata ni.
Tapi seingat saya dalam satu nota kat fesbuk kot.
Saya rasa kata-kata ini ada benarnya.
Saya reflect kat diri saya sendiri je la.
Bila masa sedih, selain mendengar dan mengalunkan ayat-ayat cinta Allah yang mampu memberi ketenangan kat jiwa, saya pasti akan mendengar lagu-lagu yang mampu bagi saya semangat.
Misalnya; Healing, Make Me Strong dsb.
Next, paling common ialah masa seseorang wanita tengah asyik dilamun cinta.
Mesti asyik dengar lagu-lagu CINTA.
Actually, saya macam tu la DAHULU.
Bila tengah syok kat sorang mamat ni, rasa nak dengar lagu jiwang je. Rasa macam nak nyanyi lagu cintan-cintun je. ADUSH!
Kalau teringat kat mamat ni, tangan ni mesti gatal-gatal lukis bentuk LOVE kat kertas. Then, I wrote his name in that love. Zaman purba kala dulu. Adoyai~
Tu dulu. Sekarang buka lembaran baharu ye =)
Kali ni, saya nak kejar satu cinta je.
Buat masa sekarang dan selama-lamanya.
InsyaAllah, doakan saya ye rakan-rakan~
CINTA YANG SATU.
Hanya DIA, cinta yang satu.
ALLAH, tiada cinta sehebatNYA.
MOga kalian dan diri saya jua mampu meraih cintaNYA.
Amat sukar kerana perjalanan yang berduri dan berliku itu wajib ditempuhi dahulu.
Kata seorang sahabat;
“Mujahadah itu memang PAHIT kerana SYURGA itu MANIS…”
Wallahu’alam.
Sekian, wassalam….
No comments:
Post a Comment