Assalamu'alikum wbt. Apa khabar sahabat alam maya semua? Moga sentiasa dalam rahmat dan lidungan-Nya. Alhamdulillah, hari ini Allah bagi lagi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Cuaca hari ini agak tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Namun, ku berharap semoga semuanya berjalan dengan lancar hari ini.
Setelah beberapa lama tidak menaip sesuatu di belog ni. Mungkin kerana kekangan masa dan kekosongan idea di minda. Namun, hari ini aku terdetik untuk mencoret sebuah catatan daripada hati di laman sesawang milikku yang hanya sementara ini.
Catatan ini khusus untuk seorang kenalan dan sahabat yang tidak pernah bersua muka, yang tidak pernah bertemu empat mata, dan yang tidak pernah ku lihat jasadnya. Malah tidak kenal hati budi dirinya. Tetapi jauh di sudut hati, ku akui bahawasanya 'dia' baik orangnya, elok budi pekertinya dan indah perwatakannya. Perkenalan kami adalah melalui laman sosial.
Saban hari, semakin ramai manusia yang meluaskan perkenalan melalui laman sosial. Begitu juga aku. Yang amat meminati melayari laman-laman sosial ini. Saling berkenalan. Saling berkongsi maklumat dan pengetahuan. Segala-galanya ku niatkan untuk memperoleh pahala kebaikan agar menjadi saham di akhirat. Penulis itu boleh mendapat pahala menerusi penulisannya, insha Allah.
Kembali kepada kisahku. Perkenalanku dengan si dia tidak lama. Malah, tidak banyak perkara yang aku tahu tentan dirinya. Namun, dalam diam, aku mengagumi semangat dakwahnya yang tidak pernah luntur. Tambahan pula, dia pernah berjaya mengislamkan salah seorang kawannya. Masha Allah. Betapa hebat diri insan yang sedang aku perkatakan ini. Semoga Tuhan memberkatinya selalu.
Meskipun begitu, sekarang dia sudah menghilang. Menghilang daripada alam maya sama ada laman sosial ataupun blog. Laman sosialnya sudah tidak diaktifkan. Tidak tahu ke mana dia pergi. Tapi aku yakin bahawa dia sedang menyambung perjuangan Nabi SAW. Menyebarkan Islam ke seluruh dunia.
Kamu, semoga Allah merahmati setiap langkah perjalananmu!
Dalam diam, mendoakanmu. Moga bahagia selalu :)
No comments:
Post a Comment