Pesanan Penulis

Segala coretan dan catatan dalam belog ini hanyalah sekadar contengan. Ia hanyalah semata-mata sebuah peluang dan ruang bagi sang penulis untuk mengisi kelapangan masa dengan menulis. Apa yang baik boleh diambil untuk dimanfaatkan bersama-sama. Apa yang buruk, sila IGNORE. Okeh ^_^

Itu sahaja.

Sekian.

Tuesday, July 19, 2011

Belajar Melupakan ;)

Assalamu’alaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah.
I LOVE YOU, ya Allah.
Tersenyum seketika.
(^_^)


Terasa bersyukur sangat-sangat.
Kerana atas nikmat-Nya yang melimpah-ruah.
Tak terkira. Tak terkata.
Subhanallah, betapa pemurahnya Yang Maha Esa.

………………………………….

Setiap hari kita akan belajar.
Sama ada semasa menjadi seorang murid.
Malah ketika sudah bekerja!
Proses pembelajaran itu berlaku setiap masa.
Hari ini, masa kuliah Murid dan Alam Belajar, saya ada belajar beberapa teori pembelajaran.

Tapi….
Bukanlah hal itu yang saya mahu coretkan dalam entry kali ini.

Kali ini,…
Saya mahu belajar melupakan satu perkara.
Perkara yang memang tidak patut diingati.
Namun, daripada perkara ini, insya-Allah akan saya jadikan pengajaran buat masa akan datang.

Sebelum ni, saya memang dah banyak kali memikirkan hal ini.
Dan pada waktu petang tadi, saya telah nekad untuk membuangnya sejauh mungkin daripada hidup saya.

Namun begitu, sejauh mana pun saya telah membuangnya, kadang-kadang ia tetap hadir taktala minda ini sedang mengimbau nostalgia-nostalgia lalu yang lain.

Ya Allah... Semoga benar pilihanku ini.

Notakaki: Membuang sesuatu yang amat kita sayangi memang sukar sekali. Tapi bukan semua perkara itu baik buat diri kita. Ada kalanya, sesuatu perkara itu boleh menjadi racun kepada diri, lantas membinasakan diri ke arah kemurkaan-Nya. Na‘uzubillah. Dan adakalanya, sesuatu perkara itu boleh menjadi madu serta penawar buat diri kita. Malah, ianya menggembirakan hati setiap insan dalam meniti perjalanan menuju ke syurga-Nya. Wallahu‘alam…

‘Perkara’ yang saya nyatakan dalam entry ini hanya diketahui oleh pemilik hati ini, Allah SWT.

No comments:

Tagging

art (1) breakfast (2) bunga (3) cinta (6) debaran (2) diari (3) Dungun (1) fotography (4) hati (3) idaman (1) jalan2 (1) just a letter (2) kaka (1) kata-kata (4) lagu (1) luahan (26) makan (2) math (1) my birthday (1) PBS (1) penantian (1) Ramadhan (1) result (1) sabar (2) sahabat (3) sakit (1) sebab (1) tumblr (1) ujian (2) ukhuwah (2)