Pesanan Penulis

Segala coretan dan catatan dalam belog ini hanyalah sekadar contengan. Ia hanyalah semata-mata sebuah peluang dan ruang bagi sang penulis untuk mengisi kelapangan masa dengan menulis. Apa yang baik boleh diambil untuk dimanfaatkan bersama-sama. Apa yang buruk, sila IGNORE. Okeh ^_^

Itu sahaja.

Sekian.

Tuesday, July 19, 2011

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita!

Assalamu’alaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Beberapa minit yang lalu, saya telah menjumpai sebuah artikel yang bertajuk ‘Jangan tangisi apa yang bukan milik kita’. Dan artikel ini sangat berguna buat saya kala ini…
Sebuah perjalanan yang belum pasti bila akan terhenti...
 “Wahai diriku, hamba kepada Tuhan sekalian alam, anak gadis kepada ibu bapanya, kakak kepada adik-adiknya, pelajar kepada guru-gurunya, dan bakal mu‘allimah a.k.a pendidik kelak, jadilah seorang yang tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan yang penuh mehnah ini. Ya Allah, moga kami sentiasa tabah dan tergolong dalam orang-orang yang sabar…”

Dalam perjalanan yang masih belum pasti bila penghujungnya ini, kita pasti akan pernah merasai kekecewaan dalam sesetengah perkara. Tapi hati ini sentiasa meyakini bahawa bahawa percaturan Allah adalah yang terbaik. Allah, terima kasih ya Allah. Terima kasih atas segala-galanya yang tidak terhingga. Tidak layaklah kita sebagai manusia biasa dan lemah di sisi-Nya mempertikaikan apa yang bukan milik kita…

Dipetik daripada artikel tersebut…
Wahai jiwa yang gundah, dengarkan ini daripada Allah:
“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput dan telah hilang darimu.  Apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini,  haruslah boleh memberi  harapan kepada kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!

Dan kupesan pada diriku ini, “Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!”

Teruskan melangkah...berjalan tanpa henti...;)



No comments:

Tagging

art (1) breakfast (2) bunga (3) cinta (6) debaran (2) diari (3) Dungun (1) fotography (4) hati (3) idaman (1) jalan2 (1) just a letter (2) kaka (1) kata-kata (4) lagu (1) luahan (26) makan (2) math (1) my birthday (1) PBS (1) penantian (1) Ramadhan (1) result (1) sabar (2) sahabat (3) sakit (1) sebab (1) tumblr (1) ujian (2) ukhuwah (2)