Pesanan Penulis

Segala coretan dan catatan dalam belog ini hanyalah sekadar contengan. Ia hanyalah semata-mata sebuah peluang dan ruang bagi sang penulis untuk mengisi kelapangan masa dengan menulis. Apa yang baik boleh diambil untuk dimanfaatkan bersama-sama. Apa yang buruk, sila IGNORE. Okeh ^_^

Itu sahaja.

Sekian.

Sunday, July 24, 2011

''Kau tetap KENTAL di mata aku..."

Assalamu’alaikum wbt…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
Hari ini masih mampu bernafas, menghirup udara segar di sekeliling tanpa mengenakan bayaran walau satu sen pun. Alhamdulillah ;)
My classmates (except the boys behind us)
Semalam, ada program BIG khidmat masyarakat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Islam, Benut, Pontian, Johor. Antara sesi yang dijalankan namun tiada dalam tentatif program ialah sesi motivasi dan muhasabah diri. Secara ad-hoc, kami telah disuruh melaksanakan sesuatu yang boleh memberi kesan terhadap sanubari anak-anak yatim tersebut. Menurut pengurus rumah anak yatim di situ, anak-anak yatim tersebut mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang mempunyai masalah keluarga, dan juga disiplin. Oleh itu, beliau meminta kami clean their mind or we call it brain wash. Pelbagai idea telah dicurahkan oleh rakan-rakan sekelas. Dan akhirnya tiga orang daripada kami terpilih dan memilih untuk mengendalikan sesi tersebut. Perihal ibu dan ayah disentuh. Lagu mengenai ibu bapa dimainkan. Kawan-kawan saya yang in-charge sesi ini sangat bijak mengendalikannya. Kata-kata yang diungkapkan berjaya menusuk kalbu si pendengar. Saya melihat si kecil-si kecil itu menangis, malah rakan-rakan sekelas saya turut ada yang menahan sebak serta menitiskan air mata. So do me.
Penghuni rumah anak-anak yatim...
Usai sahaja sesi brainwash, seorang sahabat menyentuh bahu dan mengusap saya dari belakang. Lalu dia membisikkan sesuatu;

“Apa-apa pun, kau tetap kental di mata aku.”

Seukir senyuman saya lemparkan kepadanya. Kata-katanya membuat saya berfikir… kentalkah saya? Malah, semasa di sekolah menengah dahulu, ada seorang sahabat pernah mengatakan ayat yang seumpama itu kepada saya…

You’re strong…”

Mungkin mereka melihat saya kental, tabah, kuat etc sebab saya pun pernah mengalami keadaan sebagaimana yang dialami oleh si kecil – si kecil itu. Wallahu‘alam…

Pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah semasa usia yang sangat muda, namun ketika itu saya sudah memahami erti sebuah kehilangan… lapan tahun dahulu peristiwa itu berlaku. Al-fatihah dan iringan doa qudus buat abah…

Setelah dua bulan abah pergi, Allah hadiahkan kami sekeluarga ahli keluarga yang baharu a.k.a my youngest brother. Dia sedang membesar…insyaAllah menjadi seorang yang berguna satu hari nanti… dan emaklah yang paling tabah dalam menghadapi semua ini. Dialah emak, dan dialah abah. Allah…berikan ibuku kekuatan dan ketabahan.
They're my inspiration ;)
Emak sumber inspirasi ketabahanku, angah sumber inspirasi kekuatanku dan adik sumber inspirasi kegembiraanku.

Ya Allah, aku sangat menyayangi mereka. Lindungilah mereka ya Allah. Rahmatilah perjalanan hidup mereka, ya Allah…

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

(Ali Imran: 185)

Ingatlah, kematian itu semakin menghampiri...wallahu'alam...

No comments:

Tagging

art (1) breakfast (2) bunga (3) cinta (6) debaran (2) diari (3) Dungun (1) fotography (4) hati (3) idaman (1) jalan2 (1) just a letter (2) kaka (1) kata-kata (4) lagu (1) luahan (26) makan (2) math (1) my birthday (1) PBS (1) penantian (1) Ramadhan (1) result (1) sabar (2) sahabat (3) sakit (1) sebab (1) tumblr (1) ujian (2) ukhuwah (2)